Halaman

Jumaat, 20 Mei 2011

Rahsia Bau Ketiak Lelaki

 Hey u all..arini ceq nak kongsi cita sal rahsia bau tiak! lelaki haha..jom kite TERJAH....
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu.

Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... dipetik dari majalah PA&MA...Feb 2004...kalau tak caya...




So kengkawan kalau tengah stress tu .....bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.
Bagi kaum adam pulak,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
Moral of the Story
So kalau isteri dok tention tu...lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak suami anda..yang masam tu insyaallah mood anda akan ok ha..ha...ha.... selamat mencuba...
Kepada para isteri jangan dok tension sangat...nanti kena cium bau ketiak suami..hehe :)


Khamis, 19 Mei 2011

Menara tertinggi didunia, Burj khalifa, Dubai

Keindahan waktu malam

Berdiri megah
Menara tertinggi di DUNIA


Walaupun dihimpit hutang sehingga US$80 billion, bangunan dan menara tertinggi dunia yang baru � Burj Khalifa telah berjaya dibuka dengan rasminya. Teka-teki ketinggiannya pun sudah terjawab iaitu setinggi 828m. Dubai mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk semenjak November 2008 berikutan krisis kemuncupan kredit (credit crunch) di mana apabila bank-bank tidak mempunyai cukup nilai aset cair untuk diberikan sebagai pinjaman bagi menjana lagi ekonomi yang berkembang secara mendadak.

* Pembinaan Burj atau Burj Khalifa telah menelan kos RM2.7 billion.
* Menara itu adalah 1,000 kaki atau 304 meter lebih tinggi dari saingannya iaitu Taipei 101 (1,671 kaki atau 509 meter) dan hampir dua kali ganda ketinggian menara kembar Petronas.
* Ia adalah struktur buatan manusia tertinggi dunia mengatasi menara telekomunikasi KVLY-TV di Dakota Utara, Amerika Syarikat yang mempunyai ketinggian 628 meter.
* Burj Khalifa mempunyai 169 tingkat yang melalui beberapa zon iklim dengan suhu di tingkat paling atas adalah sehingga 10 celsius lebih rendah daripada tingkat bawah.
* Ia mempunyai kolam renang tertinggi di dunia di tingkat 76 dan masjid di tingkat 158.
* Sistem penyejukan bangunan itu mampu mengeluarkan air yang boleh memenuhi 20 kolam renang bersaiz Olimpik setahun
* Dan�banyak lagi kemudahan yang disediakan di Burj Khalifa ini.

Penyempurnaan pembinaan Burj Khalifa juga bermakna ia adalah kali pertama dunia Arab dapat mengembalikan status struktur tertinggi dunia ke rantau itu selepas Piramid Giza di Mesir diatasi oleh Lincoln Cathedral pada 1311. Hampir 6,000 orang telah hadir menyaksikan majlis berkenaan. Dengan percikan bunga api, pembinaan struktur paling mengagumkan itu dirasminya pemerintah Dubai, Sheikh Mohammad Rashed al-Maktoum.Walaubagaimanapun, disebalik kemeriahan perasmian menara tertinggi dunia ini timbul pula persoalan pertukaran nama asal dari Burj Dubai ke Burj Khalifa. Adakah dengan pemberian USD10Billion baru-baru ini oleh pihak Abu Ahabi menyebabkan ianya dinamakan sempena pemerintah di sana iaitu Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan? Dikenali sebagai Burj Dubai ketika pembinaannya, Sheikh Mohammad bagaimanapun mengisytiharkan nama baru kepada mercu tanda baru dunia itu sebagai Burj Khalifa iaitu tanda menghormati Presiden Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahyan.

Sheikh Khalifa juga adalah pemerintah Abu Dhabi, negara sekutu UAE yang membantu menyuntik AS$10 bilion tahun lalu untuk menyelamatkan syarikat pemaju hartanah gergasi Nakheel, iaitu anak syarikat Dubai World.

Sebuah syarikat Australia telah diberikan tugas untuk mencuci cermin bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mana mereka telah menggunakan sejumlah baldi disamping bantuan peralatan berteknologi tinggi berharga AS$7.3 juta (RM24.7 juta
)

Rabu, 18 Mei 2011

Beza Cinta, Sayang, Minat, Suka


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

New LIFE

Assalamulaikum malaysia!
hai kengkawan..pe kabar korang sume..nama saya Muhammad Syahir berasal dari kole lumpur..& first time saya mula meng-update blog pd hari nie..ngee ngee
cam bese, slalunye org mle2 nk wat blog nie skema2 ckit ha3..so now saya nk kongsi ngan korang about my life sekarang..! tinggal lg 12 hari aje Lagi saya akan tinggalkan perlis, NEGERI PALING BORING DALAM MALAYSIA.. BECOZZZ!! saya dah nk end stUdy n nk pergi practikal..rasa sedih jugak nk tinggal perlis nie..mula2 jejak kaki kt perlis memang aku tension..BORING SIOTTTTT..tp makin lama aku rasa dah selesa ngan persekitaran perlis.


Serius bila saya duduk sini saya rasa macam ada banyak hikmah yg saya dapat. 
Memang lah sini environment dia macam kekureng sikit.Tapi makin lama boleh lah juga terima. Slow Slow terima.Bila dah duduk sini,bila dah berjauhan dengan famili,baru aku rasa betapa aku menghargai famili aku.Lagi lagi dekat mama bapak =') Bila dah duduk sini,solat Alhamdulillah tak pernah tinggal.Bukan saya nak cakap saya alim or what. Cuma,bila dah duduk sini,tak ada mama bapak yang dekat dengan kita yang selalu ingatkan kita solat.Jadi kesedaran datang sendiri dalam diri kita.Dulu bila dekat rumah,time habis solat,bila time nak doa untuk mama bapak,saya pn macam doa gitu gitu je,sebab ye lahhh..mama bapak depan mata kita kan.So macam tak risau pape.But now bila dah berjauhan macam ni,doa tu rasa lebih ikhlas datang dari hati =) Setiap masa mendoakan kesejahteraan dorang.Bila dah berjauhan ni,call dan message tu makin kerap.Rasa macam makin rapat gitu :) Ye saya tahu,its just PERLIS je kottt.But,still jauh kot kalau KORANG nak menapak balik KL.agak agak makan masa 4hari nak sampai KL.lagi lagi bila anak manja macam aku ni.tak pernah berenggang dengan mak bapak haha..n so saya tak tau macamna plak suasana bila saya dah masuk practikal nanti..moga berjalan lanjar..

Okay lah kengkawan semua,saya nak masuk tidur dulu.Nak tidur dulu.Esok kelas pagi. next time saya akan meng-update blog yang lebih menarik lagi ye! Doakan saya kengkawan semua !
Ingat,senyum selalu kengkawan  ! ;)